Sumbangan daripada anda amat bererti buat anak-anak pelajar di sini.
Tertubuhnya Madrasah Darul Iman (MDI) pada tahun 2007,
atas dasar kesedaran akan kepentingan ilmu agama di peringkat
sekolah rendah lagi. Terkini terdapat 1000 orang murid dengan 120 orang guru dan kakitangan di MDI.
Disebabkan madrasah ini berkonsepkan sekolah rakyat, semua kos pembelajaran, pengurusan, operasi, fasiliti, keselamatan dan lain-lain lagi ditanggung sepenuhnya menggunakan yuran daripada anak-anak pelajar di sini.
Dengan kemampuan ibu bapa yang daripada pelbagai latar belakang seperti petani, buruh binaan, pekerja swasta dan kerajaan, maka yuran yang di ambil hanyalah pada sekadar kemampuan ibubapa pelajar. Hakikatnya, kutipan yuran adalah jauh daripada mencukupi bagi memastikan madrasah terus berjalan dengan baik.
Jom bantu kami untuk memberikan pendidikan yang lebih sempurna kepada semua anak-anak pelajar di sini.
RAYUAN DANA KECEMASAN
Bayangkanlah, dengan suis
utama elektrik yang selalu terbakar dan sudah menghitam
teruk ini, bagaimana bekalan elektrik di madrasah
selalu terputus dan sangat-sangat menganggu
perjalanan pengajian anak-anak madrasah.
Lihatlah kerosakan bangunan madrasah ini yang perlu disegerakan proses baik pulihnya, demi kemaslahatan anak-anak pelajar madrasah.
Keperluan untuk pengurusan dan kebajikan madrasah adalah RM 150,000 untuk setiap bulan memandangkan bilangan pelajar kami sangat ramai (1000 orang).
ALAMAT MADRASAH
LOT 983, KAMPUNG TITIAN BARU,
KEDAI BULUH 21070 KUALA TERENGGANU
NO PENDAFTARAN SEKOLAH
JHEAT.03-018/14/136
Jazakallah Khair
Kami di Madrasah Darul Iman sangat menghargai setiap kebaikan saudara saudari yang sudi berkongsi rezeki dengan kami di sini.
Semoga Allah SWT membalas kebaikan ini dengan ganjaran pahala yang berganda-ganda.
Amiin ya Razzaq.
Maklumat tambahan: